![]() |
| Sumber gambar: iluvislam |
Masih terbayang lagi peristiwa yang berlaku petang tadi...
Aku menjadi imam kepada jemaah wanita di surau Monash >.<
Bagi aku ruang untuk menangis sekejap
T_T
Entah kenapa, terasa diri ini tidak layak untuk 'memimpin' mereka, kakak2 senior. Sudah terlalu lama aku tidak mengimami solat sesama wanita dan terus terang, aku terasa agak janggal.. Tapi, ingin sekali aku berterima kasih kepada kakak senior itu. Aku bukanlah seteguh karang dalam menempuh badai kehidupan dan apabila aku berasa goyah, aku tahu, di mana untuk aku mencari tempat untukku berpegang.Aku ada mereka,
Aku bertuah dipertemukan dengan mereka di tempat yang Islam itu merupakan satu perkara yang asing dan golongan muslim merupakan golongan minoriti, tersangatlah minoriti. Aku suka ketenangan pada wajah seseorang dan aku gembira apabila aku jumpa ketenangan di wajah mereka.
T_T
Bercerita tentang mereka membuatkan perasaan terharu membaluti jiwa..Indahnya apabila dapat bersama dengan mereka...Aku bukanlah seorang yang peramah dan aku pun sudah terlupa macam mana kami berkenalan (entah,dalam sekelip mata je kami menjadi rapat). I'm not good at talking (except when I'm in my hyper mood) and most of the time, aku lagi suka diam dan menjadi pemerhati..Selalunya orang yang raaaaapat dengan aku je yang tahu, aku jenis yang suka bercerita.Bila dengan orang yang tak raaaaaaapat dengan aku, aku sendiri boleh rasa kejanggalannya.
Tapi dengan mereka, aku suka sangat..Entah,I dont know which part that make me like the most about them, but, honestly, I love to be with them.
T_T
Aku tak suka dengan assignment yang bertali arus dan tidak berpenghujung. Beberapa hari yang lepas, aku terima jemputan ke satu majlis anjuran Ikram dan apabila aku menerima jemputan sebeginilah, aku menjadi sangat benci kepada assignment serta masalah pengangkutan yang aku hadapi. Tapi, aku tak boleh salahkan assignments. Aku yang tidak pandai mengurus waktu.
Aku teringin untuk mengikuti usrah dan kakak2 dari Ikram juga sudi untuk mengaturkan sesi usrah.Tapi,sekali lagi, aku tak dapat membuat keputusan.
T_T
Aku bukanlah alim dan tidak pernah merasa diri ini alim. Kadang2 aku hanyut ditelan arus dunia. Aku inginkan kehidupan yang seimbang, rohani dan jasmani. Bagi aku, andai aku punya masa untuk melakukan hobiku, kenapa aku tidak punya masa untuk menyertai program2 keagamaan?
Satu lagi, aku aneh tentang bagaimana FB begitu berjaya dalam menghasut remaja2 untuk menghabiskan masa mereka semata2 untuk berpoya-poya di alam FB. Aku akui,aku juga ada akaun FB (2 pula tu), tapi, akaun tersebut dicipta dengan tujuan tertentu seperti berhubungan dengan kawan2, online discussions dan business. Tapi,aku pelik, kebanyakan masa para remaja dihabiskan semata2 untuk berbalas komen yang entah apa2 entah,seek popularity post dan banyak lagi.Most of the times, I was like, "the heck?",ini pun nak tulis dalam FB ke?
(ok,maaf,tiba-tiba je cakap pasal kebencian aku pada FB >.< )
Apa yang aku nak cakap kat sini, kalau habiskan masa dengan FB, ramai je yang boleh.Tapi, nak memenuhi jemputan ke majlis2 kerohanian, tersangatlah liat.
Aku ingin sangat menyertai program2 agama sekiranya tiada aral. Aku rindu aku yang dulu. Macam mana aku yang dulu tu, tak penting untuk dikhabarkan di sini..Tapi,aku benar-benar rindukan aku yang dulu meskipun aku yang dulu tidak segembira aku sekarang.Kadang-kadang hati aku sering berbisik, berbantah, 'perlukah kegembiraan ini andai ia cuma hadir di dunia sahaja dan tidak membawa apa-apa kegunaan untuk hari akhirat kelak?'.
Dan part yang paling tak best apabila,aku sendiri tidak mampu menjawab soalan2 dari hati aku sendiri.Sounds silly...tapi,that's the truth. Aku ada pendebat,penganalisis,pengkritik,pengarah,pemimpin dan juga pengikut dalam diri aku sendiri. (couldnt agree more with a quote from Imam Al-Ghazali):
Ok ok ok..berhenti bercerita pasal diri aku. In short, I just wanna say, I want to join usrah and I want to join any invitation that is beneficial for my life-after-the-death.
The end.
Wassalam.


No comments:
Post a Comment