Hadis Berkenaan Puasa Hari Asyura - Richest Treasure

September 30, 2017

Hadis Berkenaan Puasa Hari Asyura

Memandangkan esok 1 Oktober 2017 merupakan 10 Muharram 1439H, jom kita baca sedikit tentang hadis berkenaan puasa sunat pada hari Hari Asyura.

Puasa Hari Asyura (10 Muharam)


عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ مَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى صِيَامَ يَوْمٍ فَضَّلَهُ عَلَى غَيْرِهِ إِلَّا هَذَا الْيَوْمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَهَذَا الشَّهْرَ يَعْنِي شَهْرَ رَمَضَانَ

Dari Ibnu Abbas RA, beliau mengatakan: 

“Saya tidak pernah melihat Nabi SAW memilih satu hari untuk puasa yang lebih baginda utamakan dari pada yang lainnya kecuali puasa hari Asyura, dan puasa bulan Ramadan.” (HR Bukhari No: 1867)

Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Antara ibadat puasa yang menjadi keutamaan kepada Rasulullah SAW untuk kita contohi selain puasa dibulan Ramadan ialah puasa pada hari Asyura (10hb Muharam)

2.  Puasa Asyura ganjarannya dapat menghapuskan segala dosa (dosa kecil) setahun yang lalu. Dari Abu Qatadah Al-Anshari RA, beliau mengatakan:

سئل عن صوم يوم عاشوراء فقال كفارة سنة

Nabi SAW ditanya tentang puasa Asyura. Baginda menjawab: “Puasa Asyura menjadi penebus dosa 
setahun yang telah lalu.” (HR. Muslim No: 1976). Status: Hadis Sahih

3.  Bagi yang tidak berkesempatan puasa Tasu'a (9hb Muharam bersamaan hari Sabtu 30 hb Sept.), masih lagi berpeluang melaksanakan puasa Asyura pada keesokan hari (10hb Muharam bersamaan hari Ahad 1hb Okt).

Ibnul Qayim dalam Zadul Ma’ad, 2/72 menjelaskan puasa yang berkait hari Asyura ada tiga Kategori:

  1. Kategori paling sempurna, puasa tiga hari. Sehari sebelum Asyura, hari Asyura, dan sehari selepas Asyura  (9hb, 10hb dan 11hb Muharam).
  2. Kategori kedua, puasa pada 9hb dan 10hb Muharam berdasarkan banyak hadis.
  3. Kategori ketiga, puasa pada10hb Muharam saja.


Jom sama-sama kita ambil kesempatan ini dan niat untuk semoga kita mendapat ganjaran yang diberitahu Nabi.

Gambar sekadar hiasan. Gambar oleh Fancycrave.

No comments:

Post a Comment