Richest Treasure: Usrah
Showing posts with label Usrah. Show all posts
Showing posts with label Usrah. Show all posts

December 19, 2013

Pesanan dari seorang kakak

Thursday, December 19, 2013 0
Pesanan dari seorang kakak
Awal tahun 2013 menyaksikan pertukaran kakak naqibah usrah yang aku sertai. Kerana ahli usrah makin bertambah, kumpulan kami dibahagikan kepada dua..satu kumpulan dikendalikan oleh Kak Asma dan satu kumpulan lagi dikendalikan oleh Kak Munirah. Tahun lepas, usrahku dikendalikan oleh Kak Asma, dia lah naqibah pertamaku kerana itulah usrah pertama yang aku ikuti. Tapi,bermula tahun 2013, Kak Munirah yang menjadi kakak naqibahku.

Di hari terakhir pertemuan kami, Kak Asma memberi banyak pesanan secara lisan dan secara bertulis. Semangat dakwah Kak Asma sangat mengagumkan. Aku sentiasa teruja dengan gaya dia kerana semangat dia begitu kental. Di sini ingin ku kongsikan pesanan bertulis dari Kak Asma.
Adikku... 
Di saat kita hanya berfikir untuk hidup bagi diri sendiri, terasalah oleh kita bahawa kehidupan ini begitu sempit dan pendek, dimulai dari kelahiran kita dan berakhir semasa kematian, berangkat dari pertama kali kita digelarkan di atas bumi dan kembali ke bumi lagi. 
Tetapi adikku...

Jika hidup kita untuk akidah dan untuk orang lain, maka terasalah hidup ini cukup luas dan panjang. Ia lahir bersama dengan kemanusiaan dan hanya akan mati setelah roh terlepas dari jasad kasar ini, berpisah dengan bumi. Kita akan merasa sangat berbahagia dan puas. Umur kita berlipat ganda melebihi jumlah angkanya, walaupun ia lebih kecil dari hitungan tahunnya. Itulah kebahagiaan yang hakiki, bukan kebahagiaan fantasi. Dalam kebahagiaan kehidupan yang seperti itu, tergambarlah keuntungan yang kita peroleh dari sejak awal kelahiran kita, dari hari ke hari,dari masa ke masa,dan seluruh umur kita,dalam perasaan kita,pada setiap langkah kita. Terasa betul bahawa hidup ini bukan hanya sekadar berapa lama nafas ini keluar masuk dari tubuh kita, tetapi hidup ini diukur dan dinilai dari "kepuasan rohani" yang dapat kita rasakan!

Kenyataan seperti inilah yang disebut "realiti" dan "hakikat", bukan imaginasi kaum materialistik itu. Dan inilah hakikat hidup di atas segala hakikat yang mereka pergunakan. Kita akan merasakan bahagia yang berlimpah-limpah, bila kita hidup untuk manusia lain. Seberapa kadar perasaan untuk hidup bersama orang lain, maka berlipat gandalah perasaan terhadap kehidupan kita sendiri, terus bererti kehidupan ini dengan sendirinya akan berlipat dan melimpah-limpah, akhirnya kita merasa bahagia hidup di dalamnya!
(Petikan dari surat As-Syaheed Sayyid Qutb kepada adiknya Hamidah Qutb di luar penjara) 
Pesanan dari kakak.....

Jagalah masa dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah. Sesungguhnya masa lebih berharga daripada emas. Masa itu ibarat nyawa. Masa yang diberikan kepada kita di dunia ini tak lain hanyalah akan menjadi dua perkara kepada kita kelak. Sama ada menjadi beban atau pun bukti dihadapan Allah. Maka pilihlah. Pilihlah dengan apa untuk kita habiskan masa kita di dunia ini, pilihlah sama ada kita mahu memikul beban kerana masa yang kita biarkan berlalu tanpa sebarang manfaat kepada diri dan orang-orang sekeliling atau bukti kepada Allah bahawa kita telah berusaha di sini,di medan kita.
Jangan takut untuk melangkah. Sekiranya kita terlalu takut kerana memikirkan jatuh, maka kita sebenarnya sudah sedia jatuh. Jatuh yang tak bermaruah. Tetapi, bangkit dan bermulalah. Bermulalah dengan penuh semangat dan berani, kerana kita adalah apa yang kita fikirkan. Bangun dan melangkahlah dengan bermaruah, maruah seorang yang merdeka. Untuk yang sudah bermula,teruskan perjuangan. Kepada yang masih mencari, marilah bersama, kita orak langkah ke arah sana. Ke arah mencari redha Allah.
InsyaAllah.

Salam penuh hormat,
Kakak awak lah!

Cover image by WerbeFabrik/ pixabay

December 1, 2013

Cerita di Rehlah Mahabbah

Sunday, December 01, 2013 0
Cerita di Rehlah Mahabbah
Satu Disember 2013 dibuka dengan event Rehlah Mahabbah Ikram Subang Jaya 2013 (atau nama lainnya ialah Hari Keluarga) di Kem Idaman Nurani,Hulu Langat. Jauh betul perjalanan..dalam satu jam setengah juga la. Pergi dengan Kak Munirah, my naqibah bersama2 dengan usrahmate dari Taylor's.


First2,sesat,salah masuk jalan hahaha.. tapi lama mencari,barulah jumpa. Kawasan kem tu luas sangat... pemandangan pun cantik.. sampai2, kitorang breakfast dulu.. aku makan mee goreng campur bihun goreng hehehehe.

Lepas breakfast, ada ucapan pembuka, nyanyian lagu IKRAM dan nasyid tema.. pastu ada ucapan dari orang2 besar IKRAM SJ. Oh ye..tema rehlah ni ialah "Keluarga Ceria,Ummah Sejahtera".
Ada satu part yang sangat menarik bagiku... (lebih2 lagi bila perasaan nak mendirikan rumah tangga begitu melonjak2 sekarang..), part tu ialah Taujihat Keluarga.

Dalam ucapan yang diberi, ada disebut beberapa rules yang penting dalam keluarga. Aku tak catat kat mana2 sebab keadaan yang tidak mengizinkan, so aku share apa yang aku ingat je la..

Rules yang penting ialah:
1. Saling mempercayai antara suami isteri... tapi jangan sampai over percaya...Bukan disarankan untuk curiga, tapi kepercayaan itu biarlah ada batasnya..

2. Kena pandai bergaul dalam keluarga pasangan.Perkahwinan itu bukan sahaja ikatan antara lelaki dan perempuan,tetapi juga antara lingkungan keluarga dengan lingkungan keluarga. Kena tahulah macam mana nak handle kalau berada dalam keadaan yang memerlukan kita melakukan keputusan tanpa melukakan hati mana2 pihak.

3. Bagi yang belum kahwin, kenalah melakukan persiapan mental. (point ni panjang lagi sebenarnya tapi aku tak ingat)

4. Nikmat yang paling besar dalam sesebuah keluarga itu ialah wujudnya suasana Islamik. Bukan senang untuk mewujudkan suasana ini. Suami isteri kenalah ada didikan tarbiyah. (waktu dengar tu, I make a doa', a wish and a dream.)

Ada banyak lagi, tapi tak ingat sangat point penuh dan tak reti nak tulis dalam ayat yang betul >_<

Selepas tu, ada aktiviti2 best.. bagi remaja perempuan, ada explore race.. kumpulan aku, Khunusah Firdausi dapat nombor 2.. Tapi kan,waktu explore race tu, sebab excited sangat berlari kesana-sini, sampai check point last, badan aku tak dapat tahan dan rasa nak pitam.. I experienced this a lot when I do vigorous exercise and use a large amount of energy in a short time.. oh badanku sudah tidak secergas dulu... kena banyak2kan exercise ni.. Bila rasa nak pitam tu datang, aku pun duduk je la and let the kids (group member yang lain semua lagi muda dari aku) do all the running... good job girls..

Lepas explore race, ada pertandingan 'Bendera siapa paling tinggi'.. Susah sangat nak stabilkan batang bendera yang dibuat daripada batang2 paip pvc yang disambung2..beberapa kali terbalik... pertandingan ni dalam group yang besar... dari keseluruhan peserta, ada 4 group je.. memang best lah nak naikkan bendera tu hehehehe..

Bila part kena stabilkan something macam ni, ada dengar someone cakap "mana engineer?? sape engineer" XD pastu dalam group aku ada sorang akak keluar jadi ketua... I guess she's an engineer.. memang pro la bahagian nak stabilkan tiang tu macam mana..

Habis je pertandingan tu, lunch pastu balik... aku balik awal sebab akak yang aku nak tumpang kena balik awal sebab ada urusan lain.. Tak dapatlah ambil hadiah..tapi takpelah... Aku tak excited sangat pasal hadiah tu.. I got a bigger gift than that which is I got to make new friends :D

Okaylah..itu sahaja untuk update pasal 1 Disember.. sayangnya aku tak ambil gambar pun sebab phone disimpan dalam beg setiap masa dan beg tu diletak jauh di khemah urusetia..


Gambar sekadar hiasan

November 26, 2013

Mukhayyam Part 2 ^_^

Tuesday, November 26, 2013 0
Mukhayyam Part 2 ^_^
Usai solat Zohor, ada tazkirah pasal sahabat Rasulullah yang bernama Rumayso' Bt Milhan. Oh ya,lupa nak bagitahu, tema mukhayyam ini ialah Sahabiat Inspirasiku. Sahabiat tu bermaksud sahabat kaum Hawa Rasulullah. Kat sini,banyak yang diceritakan tentang sahabiat2 yang tak dikenali ramai tapi mempunyai peranan yang besar juga dalam perjuangan Islam pada zaman Rasulullah.


Selepas tazkirah, ada water confident games. First game ialah, semua peserta diminta memegang tali2 yang diikat pada bakul yang berisi bola2. Seorang peserta at least kena pegang satu tali. Lepas tu, kena pakat angkat bakul tu ramai2 menggunakan tali tu, kena bergerak masuk dalam sungai,stay kat dalam sungai selama 30 saat dan kemudian,keluar sungai dan masukkan semua bola kedalam pasu yang disediakan.Kalau lebih dari 5 bola yang jatuh ke tanah,mission dikira failed. Bunyi macam senang kan? Tapi susah dan memerlukan critical thinking, kerjasama dan strategi yang bagus. Tanpa kerjasama, sekejap je boleh tergolek semua bola didalam bakul tu. Kakak fasi kata average time yang diambil oleh organisasi2 lain yang melakukan aktiviti sama ialah 40 minit dan rekod paling cepat ialah 10 minit.. Kitorang berjaya buat dalam masa 25 minit..not bad la..

Selepas game tu, ada lagi water confident game yang lain. Nama game kedua ni ialah, 'Berkorban apa saja'. Dalam game ni,setiap group dikehendaki membuat satu barisan sepanjang yang boleh menggunakan apa saja yang mereka ada waktu tu..So apa lagi, keluarlah tali kasut,stocking, handsock yang disambungkan dan dipegang bagi membuat barisan yang panjang.. game ni dalam sungai taw..sejuk dan best habis hahahaha..group aku dapat tempat ke 3..


Game kedua ialah isi air dalam botol.. game ni paling lawak..ada peraturan macam takde peraturan sebab semua nak penuhkan botol tu cepat2 hahahaa... memang kelakar.... 

Game water confident terakhir ialah bola beracun..kecoh habis time ni sebab sungai tu sempit and kitorang ramai..so yang kat tengah cepat je kena baling dengan bola..tapi bola tu ringan sangat,so kadang2 terkena pun tak terasa ahahahaha.. Lepas tu,aktiviti bebas main2 dalam air..tapi aku tak main dah sebab penat punya pasal..so aku kat tepi je,ikat balik tali kasut yang dibuka untuk game Berkorban apa saja tadi XD

Pukul 5, siap2 solat asar. Lepas tu ada tazkirah pasal srikandi bernama Al Khansa' Bt Amr.. tapi waktu ni,susah sangat nak tumpukan perhatian sebab aku terlampau penat..beberapa kali tersengguk.. huhuhu.. Lepas tazkirah, ada persiapan untuk persembahan malam nanti. Group aku dikehendaki melakukan persembahan tentang Nusaybah Bt Kaab. Best taw persembahan2 ni..semua group di assign sahabiat2 masing2..takdelah persembahan random dan entah ape2 macam perkhemahan2 biasa yang aku pernah pergi selama ni... Tapi,honestly, aku tak suka sangat aktiviti persembahan..Aku cepat nervous lah,rasa nak pitam lah.. nasib baiklah semua peserta perempuan, so rasa tak suka tu kurang sikit. Setiap group ada requirement masing2, ada group yang wajib buat dikir barat, ada yang wajib buat choral speaking, pantun, boria, manakala group aku dikehendaki untuk membuat rap. RAP YO~

Pukul 7, solat maghrib pastu bacaan mathurat.. Then ada tazkirah pasal Nusaybah Bt Kaab, solat isyak, tazkirah pasal Khaulah Al-Azwar. Lepas tazkirah,ada makan BBQ yang dah disediakan oleh pihak pengurusan chalet. Sambil2 makan,sambil2 praktis skrip.

Pukul 9, persembahan kumpulan. Semua persembahan kreatif2.. aku pula, berlakon menjadi Nusaybah zaman moden yang tak tahu apa2 pasal Nusaybah,srikandi yang berani di zaman Rasulullah..Mula2 kan,rasa nervous semacam..tapi bila dah naik atas pentas,rasa macam biasa2 je..tak nervous pun..excited lagi hehehehe..seronok bila boleh buat audience gelak2..

Lepas persembahan, kembali ke chalet..baca surah Al-Mulk pastu tidur... 

Ahad 24 November 2013

Esok paginya ada Qiam, solat subuh dan tazkirah selepas subuh iaitu pasal Hafsah Bt Umar. Kemudian, senaman yang diconduct oleh seorag akak senior dari Taylor's. Selepas senaman, breakfast. Sekali lagi makan nasi lemak..Aku yang bukannya penggemar nasi lemak ni rasa nasi lemak tu sangat sedap waktu tu..maybe sebab surrounding yang sangat membahagiakan aku,rasa macam nasi lemak tu best je..

Sambil2 makan,akak yang conduct senaman tadi tu duduk depan aku.. dia ceritalah cara2 healthy life lah...macam mana nak dapat body yang nice tapi tak semestinya slim la..rasa macam,waktu breakfast tu,aku tengah buat sesi bual bicara dengan fitness trainer kekekekeke..tapi memang best gak lah..

Ayat paling best dia ialah: "Cara2 pemakanan sihat ialah, Breakfast like King, lunch like normal dan dinner like poor."

Next, ada talk pasal Ciri2 dan Peranan Sahabiat daripada Ustazah Wan Ramizah Hassan. Banyaklah perkongsian yang menarik..nanti kalau ada kesempatan aku buat post pasal apa yang aku dapat sewaktu talk ni.
Perkongsian daripada Ustazah Wan Ramizah
Then,dah sampai ke penghujung program...ada resolusi,penutup, lunch dan kemudian check out..

Dengan itu,habislah mukhayyam yang sehari setengah ni..banyak memori dan ilmu yang dipelajari walaupun di waktu yang singkat ni. Semoga dengan ilmu2 itu dapat menjadikan aku lebih baik dari hari2 yang lepas dan semoga ukhuwah yang terbina akan terus berkekalan. Insyaallah.

Jumpa lagi.
Wassalam.

November 25, 2013

Mukhayyam Part 1 ^_^

Monday, November 25, 2013 0
Mukhayyam Part 1 ^_^

Assalamualaikum~
Kali ni banyak sangat perkara yang nak dikongsi bersama..Perkara berkaitan Mukhayyam Akhawat Ikram Subang Jaya 2013 di Riverside Chalet,Ulu Yam.
Best sangat...Ya Allah...tak dapat digambarkan dengan kata-kata betapa bestnya mukhayyam tu. Expect post ni panjang lah sebab memang banyak benda yang nak dicerita. Post ni merangkumi sebelum,semasa dan selepas. Tapi memandangkan post ni sangat panjang,aku bahagikan ia kepada dua.


Sebelum Mukhayyam

Waktu kakak naqibah, Kak Munirah bagitahu ada Mukhayyam akhir bulan 11, aku rasa sangat excited. Sangat berminat untuk pergi. Memang bila dia cakap tu, aku terus kata "Wah bestnya. Nak join! Insyaallah". Tapi ada suatu ketika, tiba2 terdetik perasaan yang tak best. Hampir seminggu aku tak reply apa2 pun kat whatsapp group usrah aku bila dorang discuss pasal mukhayyam tu.Banyak lah persoalan yang bermain dalam minda;

Okay ke aku ke sana..aku bukannya boleh tidur dalam khemah.
Tak leceh ke....mesti penat gile...
Aku nak pergi ke pejabat Ikram dengan siapa...

Dan banyak lagi persoalan2 lain... Sampai satu masa, aku berdoa, "Ya Allah,kalau mukhayyam ini yang terbaik untukku, permudahkanlah ia...dan gerakkanlah hati aku biar aku confident dengan keputusan yang aku ambil.Dan biar apa2 keputusan yang aku ambil,ikhlas keranaMu".

Last2 aku reply kat discussion tu, "saya tak tahu nak join ke tak..saya tak biasa tidur dalam khemah..tengah fikir2kan lagi".

Pastu Kak Munirah reply kata tak tidur dalam khemah pun..tidur dalam chalet..Aku dah rasa happy nak join balik... and nak dijadikan cerita, usrahmate aku,Aqilah, yang kalau nak pergi mana2,dia yang tolong ambilkan pun cakap yang dia boleh join.. and dia ajak aku sekali... waktu rasa tu macam, Ya Allah, happy sangat.. aku cerita perasaan dilemma aku kat qilah, nak tahu apa nasihat dia? Antaranya ialah, dia bagi terjemahan satu ayat dari Surah At-Taubah.

Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. [Surah At-Taubah ayat 41].

Ayat2 tu benar2 buat aku berfikir...rasa macam, Allah nak bagitahu aku something dan Aqilah sebagai pengantara.. lepas tu,memang 100% confident nak pergi. Tak berbolak-balik dah. Sehinggakan ada kawan aku ajak pergi majlis perkahwinan adik kawan aku dan ajak pergi air terjun pun,tak mampu membuatkanku berubah fikiran. I applaud myself for that.

Jumaat 22 November 2013

Malam tu,berkumpul di Pejabat Ikram Subang Jaya di Putra Heights. Pergi dengan sahabat seusrah Monash. Boleh tahan jauh juga. Sampai sana kan, dalam pukul 10 lebih juga. Pendaftaran, dapat baju~ pastu sesi kenal2. Ada satu game ni,kena jawab soalan yang diberi berkenaan dengan peserta2 di situ. Maksudnya, soalan dia macam ni, "peserta paling muda",so kena carilah siapa yang paling muda di situ. Ramai juga yang dah pernah jumpa waktu Jaulah akhir sem lepas.

Lepas tu,buat bendera group.. 
Inilah bendera group kitorang. Nama group 'Akhawat Muda'. 4 orang tu melambangkan R4BIA. Setiap warna melambangkan warna bendera Mesir, Palestin dan Syria. Lambang i warna biru tu mewakili simbol Ikram. (aku yang lukis semua tu hehehehe..sekali tengok macam warna traffic light)

Lepas tu,tidur....

Sabtu 23 November 2013

Hari paling utama, paling banyak aktiviti dan paling cepat rasanya berlalu.
Pukul 8, bertolak dari Putra Heights ke Ulu Yam. Dalam 2 jam juga baru sampai.Dalam perjalanan,makan nasi lemak. Sampai je di Ulu Yam, letak barang2 dalam chalet, terus berkumpul. Kitorang kena buat cheers untuk group taw.. Group aku buat cheers macam lagu gitu..liriknya macam ni:
"Yakinkan diri dengan semangat, hadapi lawan di atas medan.. terus maju.. berusaha. Akhawat muda boleh! "
Lepas buat cheers, kena bentangkan bendera dan maksud simbol.. best la...semua kreatif2 je..tapi aku tak sempat nak ambil gambar bendera2 group lain...

Lepas bentangkan bendera, kitorang diminta menyanyi lagu tema mukhayyam, bertajuk Sahabat. Memandangkan mukhayyam ni semuanya akhawat, saudara2 perempuan, bolehlah nak menyanyi pun.

Kemudian, kitorang buat warming up sikit dan jungle trekking. Sambil2 jungle trekking, berkenalan dengan peserta2 kat situ... waktu tu baru perasaan yang majoriti peserta adalah lagi muda.. muda setahun,muda 2 atau 3 tahun..tak ramai yang lagi tua dari aku.. Dalam jungle trekking tu, ada checkpoint tau..

1st checkpoint,  kitorang diminta mengumpul batu sebanyak yang mungkin... aku tak kumpul banyak kot..aku bawa satu je hahahaha..susah kot nak bawa batu sambil trekking..dahlah jalan ada yang curam,ada yang kena mengelongsor.. Kat trekking ni, memang nampaklah ukhuwah antara akhawat2.. walaupun tak rapat dan baru kenal,semua saling membantu bila ada part yang kritikal..  comel sangat.

2nd checkpoint, kitorang diminta menghafal satu hadis yang diberi sewaktu sesi suai kenal pada hari jumaat tu. Hadis ni berkaitan dengan asas2 Islam.



Memandangkan waktu usrah beberapa minggu lepas, hadis ni sudah dibincangkan, jadi senang nak ingat. Malahan,dulu pernah dengar satu nasyid dari Sifu and Algebra tentang hadis ni. Selepas berjaya hafal dan diperdengarkan kepada kakak fasi, kami pun meneruskan perjalanan.


Sampailah di penghujung trekking, kami berkumpul dan kakak fasi menerangkan tentang analogi kepada bawa batu tu. Batu tu merupakan analogi kepada dosa kita. Dosa yang kita lakukan dan kita susah nak buang. Jadi kita selalu pikul dosa tu dimana2 pun tanpa menyedari bebannya.. macam tu la rasanya kalau aku tak salah ingat. (ada rasa OUCH juga la)

Selepas diterangkan pasal batu, diterangkan pula pasal hadis dan asas-asas Islam. Dibincangkan dengan details tetapi ringkas tentang betapa pentingnya solat tapi solatlah yang mudah sangat kita tinggalkan.. rasa macam straight to the point kot.. Astaghfirullah... lepas habis trekking, makan tengah hari. Sedap je makanannya.. daging gulai, sayur masak tomyam,sambal belacan,air sirap ais dan ulam sekali. Selepas lunch, bersiap2 untuk solat zohor..

Bersambung...



July 1, 2013

Beautiful memories

Monday, July 01, 2013 0
Beautiful memories

29 Jun dan 30 Jun 2013


Pada dua tarikh tersebut, aku telah menyertai jaulah antara kumpulan2 usrah dari kalangan pelajar Taylor's university dan Monash University.

Itu merupakan jaulah pertama yang pernah aku libatkan diri dan memang sangat menarik.
Sangat banyak benda yang dipelajari samada verbally or non-verbally.


Pada 29 Jun iaitu hari Sabtu, kami berangkat dari Sekolah Rendah Bandar Sunway menuju ke pejabat Ikram Kuantan. Di sana, kami bertemu dengan kakak-kakak dari UIA Kuantan dan mengadakan sesi perkongsian.

Antara isi-isi yang aku pelajari ialah:
  1. Betulkan niat belajar. Belajar kerana Allah taala dan niat untuk belajar demi mendapatkan pekerjaan dan bekerja untuk Islam.
  2. Setiap kali ingin belajar, pastikan jelas niat belajar untuk apa.
  3. Tarbiyah merupakan sesuatu yang berterusan, bukannya macam switch yang ada on dan off.
  4. Tahu apa priority kita. Kalau kita nakkan syurga, tahu, amal mana yang lagi penting.
  5. Jangan jadikan tarbiyah atau usrah sebagai alasan sekiranya kita gagal dalam pelajaran.
  6. Belajar bersungguh2 dan buat yang terbaik supaya orang takkan kata kat kita, "sebab kau join usrahlah kau fail..tak banyak masa untuk study." Jangan jadikan usrah sebagai fitnah.
  7. Sekiranya kita belajar bersungguh-sungguh tapi masih gagal, ingatlah, itu merupakan ujian untuk kita. Allah hendak menguji sejauh mana keihklasan kita.
Itu merupakan sedikit isi daripada apa yang aku pelajari. Sangat kagum dengan kakak2 yang bagi perkongsian tersebut. Mereka merupaka student medic tahun akhir tapi sangat aktif dalam dakwah. Malah, ada diceritakan juga yang even next week ada exam penting, weekend itu,mereka masih join aktiviti2 yang berunsurkan dakwah. Bagi mereka, itu adalah satu pengorbanan.

Aku sangat kagum dengan mereka.Kalau dibandingkan aku dengan mereka, sangat jauh berbeza. Rasa macam nak bungkus baju balik rumah je tapi alhamdulillah, aku stay dan belajar. Bila lagi nak dapat peluang macam tu.

Gambar bersama akhawat2 peserta jaulah dan akhawat dari Kuantan.
Selepas berjumpa mereka, selepas asar, kami bertolak ke Kemaman. Jauh juga perjalanannya..
Sampai je di homestay kat Kemaman, berehat seketika kemudian solat maghrib dan isyak berjemaah.
Selepas tu, makan BBQ yang disediakan oleh suami2 kakak2 naqibah yang dah berkeluarga.
Dan sesi perkongsian sesama peserta.

30 Jun 2013 iaitu hari ahad, selepas solat subuh berjemaah,bacaan mathurat dan kuliah subuh, kami bertolak ke Pantai Chendor.
Waktu pagi di Pantai Chendor, Kemaman, Terengganu.

Breakfast nasi dagang ^^
 Kalau ada yang follow instagram aku, pernah nampak lah gambar2 di atas tu hehehe
Selepas makan, ada main game tajuknya Aladdin carpet dan bahasa isyarat. Menarik betul.
Tak sangka group aku menang tempat pertama aladdin carpet tu..dapatlah hadiah mug XD

Selepas tu, pergi ke Sekolah Menengah Islam Al-Amin Kemaman (SMIAAK). Sekolah tu sangat mengagumkan aku. Sangat berbeza dari sekolah menengah ku dulu. Waktu makan, makan dalam dulang. Waktu solat, pelajar2 muslimah tak pakai telekung sebab pakaian dorang sudah menutup aurat. Aku terfikir juga la, pakaian sekolah mereka tiada beza pun dengan sekolahku dulu. Tudung labuh, pakai sarung lengan, stoking tapi kat sekolahku dulu, semua pakai telekung. Waktu masuk surau nak solat, nampak dorang sempoi je, takde yang pakai telekung pun..Rupa2nya dorang solat macam tu je. Kagum.


Maybe di sekolahku dulu, sudah menjadi adat untuk memakai telekung waktu nak solat..

Selepas tu, makan dan pergi membeli belah keropok dan satar ikan.. aku beli keropok lekor je haha
Gambar selepas makan ^^ Inilah peserta2 jaulah dan naqibah2.


Kemudian, berangkat pulang ke KL. On the way tu, aku tertinggal spec di surau perhentian Gombak *menangis* Memang confirm tak dapat balik dah le.. waktu sampai Sunway, baru perasan.

Dalam pukul 11:30 baru sampai PJS 9. Alhamdulillah sampai dengan selamatnya.

Terima kasih kepada akhawat yang bagi tumpang untuk pergi dan hantar balik, Aqilah dan semua2 yang terlibat. Kenangan yang tercipta ini akan terus diingati. Semoga ukhuwah yang terjalin akan kekal selamanya.
Harap2 dapat bertemu lagi di lain masa.


P/s: thanks kepada my beloved sister and her housemate sebab sanggup menungguku di pjs.. kalau tak,terpaksalah tidur kat rumah sewa di pjs tu huhu

Sekian saja untuk entry ni.. hehe
Wassalam

October 7, 2011

Kakak Senior

Friday, October 07, 2011 0
Kakak Senior
p/s: I was suppose to do my ENVIRONMENTAL ASSIGNMENT RIGHT NOW yet I keep writing nonsense post here. =_=

Not forget to say, I'M PROUD OF MYSELF because I could stay awake without feel sleepy in Bio and ENVI classes today.Quite a rare thing for a sleepyhead like me..So,yeah, gimme claps!!!



Anyway, this evening, I met Kak Hazirah and Kak Wani, the pretty,pious and very kind seniors..
Antara dialog yang buat aku tersenyum.

-lepas solat asar 071011,dalam surau Monash-
Aku : :(
Kak Hazirah : (tengok aku dan kami bertentang mata..then,dia letak tangan kat mulut dia dan buat gaya senyum,nak suruh aku senyum sekali.)
Aku : ^_^....Hai kak
Kak Hazirah : Kenapa ni?
Aku : takde pe2lah.

Lepas tu,Kak Wani datang.
Kak Wani : Assalamualaikum.
lepas jawab salam,kitorang berborak2 pasal persamaan aku dengan seorang kawan kakak2 senior dua orang tu dan pasal famili aku..

Bila nak habis sembang,saja je aku...
Aku : Kak....saya sedih T_T
Kak Hazirah & Kak Wani : Kenapa?
Aku : Sedih sebab rohani saya tak cukup makan.
.......(kami senyap sekejap)....
Kak Wani:  Apa?
Aku : Rohani tak cukup makanan T_T
Kak Hazirah : Oh....akak faham..kenapa ni? Cerita la..
Aku : Saya nak join usrah tapi sampai sekarang tak dapat2 lagi..Tapi hari tu, ada kakak dari Ikram call saya. Akak kenal Ikram?
Kak Hazirah : Ikram? Oh..A'ah..Macam mana dorang boleh call Atiqah?
Aku : Ada kawan syorkan nama saya kat dorang..saya sedih T_T

-Kak Hazirah pegang tangan aku.-

Kak Hazirah : Kalau Atiqah nak minta tolong akak, insyaAllah akak boleh bantu.Kalau ada masa boleh la kita keluar jalan2 sama2 pergi program macam ni..pergi masjid.Atiqah bagitahu je akak,ek? (Kak Hazirah cakap banyak benda lagi tapi tak sempat nak tangkap dek telingaku sebab suara dia lembut dan dia bercakap agak laju..lol)

Aku: Ok akak...terima kasih.Ok la akak..kesian lak kawan tunggu kat luar tu..saya pergi dulu ek..Nak salam dengan akak..dah lama tak salam dengan akak *buat muka innocent*
Kak Hazirah & Kak Wani : Alalala..comelnya...ok lah..
(kitorang bersalaman dan aku bergegas keluar dari surau)

Seriously....aku tak tahu kenapa,aku suka sangat duduk dengan dorang...tapi,masa selalu mencemburui aku..selalu je buat aku tergegas ke sana sini,terkejar2 pada something yang sometimes,just nothing.
Wasting my precious times by waiting for "nothing that is beneficial for my life after death".

Hidup sangat boring kalau tak diisi dengan benda2 yang ilmiah.

Gambar sekadar hiasan