Richest Treasure: Ilmu Perniagaan
Showing posts with label Ilmu Perniagaan. Show all posts
Showing posts with label Ilmu Perniagaan. Show all posts

June 10, 2016

Asas Pemasaran Dalam Perniagaan

Friday, June 10, 2016 0
Asas Pemasaran Dalam Perniagaan
Asas Pemasaran Dalam Perniagaan Yang Perlu Kita Tahu


Tujuan utama pemasaran bukanlah untuk menjual barang semata-mata tetapi ia lebih kepada bertujuan untuk memberitahu kewujudan perniagaan dan produk kita. 

Hal ini kerana, kita tidak boleh memaksa pelanggan untuk membeli barang yang kita jual. Perasaan ingin membeli datang dari hati mereka sendiri. 


Contohnya:

Kita ingin menjual produk terbaru keluaran syarikat kita. Dengan ini, kita mula melakukan pengiklanan di kaca TV. Ramai penonton TV yang menonton iklan tersebut dan tahu bahawa kita sudah mengeluarkan produk tersebut. Namun, bukannya semua akan membeli. Hanya sebilangan yang terpikat sahaja yang akan membeli.

Bilangan mereka yang membeli juga tidak 100 peratus datang dari penonton di televisyen, ia mungkin di beli oleh mereka yang tidak pernah langsung menonton iklan kita di televisyen. Ia terjadi kerana mereka yang menonton iklan tersebut menyebarkan pada pihak ketiga. Jadi, konsep sebenar pemasaran adalah memberitahu.

Dari 100 orang yang melihat iklan kita, anggaran kasarnya hanya 10 peratus sahaja yang akan ambil tahu manakala yang akan membeli adalah seorang atau tiada langsung. Namun, 10 peratus yang ambil tahu ini akan menyebarkan pada pihak ketiga di mana ia memberi kelebihan pada produk kita.

Jadi kesimpulannya, semakin ramai yang tahu akan kewujudan perniagaan kita, secara tidak langsungnya ia akan meningkatkan jualan kita.

Kalau kita ada produk terhebat dipasaran tapi kita tidak memberitahunya pada sesiapa dan biarkan produk tersebut tersimpan rapi di stor, sudah pasti perniagaan kita tidak kemana.

Gambar oleh Pantanea

July 11, 2015

Tip Perkenalkan Bisnes Dalam Seminit

Saturday, July 11, 2015 0
Tip Perkenalkan Bisnes Dalam Seminit
Sedikit perkongsian pada hari ini.

Cara memperkenalkan bisnes kita dalam masa satu minit.

Sila cari jawapan bagi empat soalan ringkas ini:

1. Apakah bisnes anda?

2. Apakah masalah yang diselesaikan oleh bisnes anda?

3. Apakah keunikan produk atau servis yang anda sediakan? (yang membezakan ia dari yang dikeluarkan oleh orang lain)

4. Kenapa yang mendengar itu perlu peduli akan bisnes anda?

Gambar sekadar hiasan. Gambar Presiden Obama oleh 271277/ pixabay