Richest Treasure: Doa
Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

October 4, 2017

Ketua Segala Istighfar

Wednesday, October 04, 2017 0
Ketua Segala Istighfar

SAYYIDUL ISTIGHFAR


Bacaan istighfar yang paling utama adalah penghulu istighfar (sayyidul istighfar) sebagaimana yang terdapat dalam shohih Al Bukhari dari Syaddad bin Aus radhiyallahu ‘anhu, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda, “Penghulu istighfar  adalah apabila engkau mengucapkan:
 
اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ

Ya Allah! Engkau adalah Rabbku, tidak ada Rabb yang berhak disembah kecuali Engkau. Engkaulah 
yang menciptakanku. Aku adalah hamba-Mu. Aku akan setia pada perjanjianku dengan-Mu semampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejelekan yang kuperbuat. Aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku, oleh kerana itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau.” (HR. Bukhari no. 6306).

Keutamaan:


Faedah dari bacaan ini adalah sebagaimana yang Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sabdakan dari lanjutan hadits di atas.

وَمَنْ قَالَهَا مِنَ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا ، فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ قَبْلَ أَنْ يُمْسِىَ ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ ، وَمَنْ قَالَهَا مِنَ اللَّيْلِ وَهْوَ مُوقِنٌ بِهَا ، فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ ، فَهْوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ

“Barangsiapa mengucapkannya pada siang hari dan meyakininya, lalu dia mati pada hari itu sebelum waktu petang, maka dia termasuk penghuni syurga. Dan barangsiapa mengucapkannya pada malam hari dalam keadaan meyakininya, lalu dia mati sebelum waktu pagi, maka dia termasuk penghuni syurga.”

Gambar sekadar hiasan. Diambil oleh Vali S.

September 29, 2017

Doa Jauhi Empat Perkara

Friday, September 29, 2017 0
Doa Jauhi Empat Perkara


أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُول

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْأَرْبَعِ مِنْ عِلْمٍ لَا يَنْفَعُ وَمِنْ قَلْبٍ لَا يَخْشَعُ وَمِنْ نَفْسٍ لَا تَشْبَعُ وَمِنْ دُعَاءٍ لَا يُسْمَع

Abu Hurairah berkata; “Rasulullah SAW berdoa:

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari empat perkara; dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak kusyuk dari jiwa yang tidak puas dan dari doa yang tidak di dengar.” (HR Ibnu Majah No:3827) Status: Sahih

Pengajaran:

1. Seorang Muslim perlu memperbanyakkan doa untuk memperolehi kebaikan

2. Antara doa yang diajar oleh Rasulullah ialah memohon agar dijauhi dari empat perkara:

a. Ilmu yang tidak bermanfaat
b. Hati yang tidak khusyuk
c. Jiwa yang tidak puas
d. Doa yang tidak didengari Allah

Gambar sekadar hiasan

January 12, 2014

Pilihan

Sunday, January 12, 2014 0
Pilihan


Andai pilihan itu adalah pilihan yang terbaik untukku, permudahkanlah ia, ya Allah.
Impian itu masih kuat di hati ini.
Impian itulah yang membarakan semangatku.
Semoga aku dapat mencapai impianku itu.

"Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati,tetapkanlah hatiku di agama Mu."


December 1, 2013

Kerana dijadikan dunia itu indah

Sunday, December 01, 2013 0
Kerana dijadikan dunia itu indah
Ya Allah, sekiranya aku dijadikan cinta akan kecantikan dunia, jangan biarkan aku terpesona akan kecantikan itu sehingga alpa pada Engkau,Sang Pencipta.

Jadikan rasa terpesona itu sebagai semangat untukku meraih cintaMu.

Jadikanlah rasa kecintaanku kepada keindahan itu agar ia menjadi inspirasi untukku memburu syurgaMu.

Kerana syurga itu dijadikan begitu indah menurut 'warkah cintamu'.

011213 9:47pm

Gambar sekadar hiasan
Oleh: Marcelo Miranda