Raya 2011 - Richest Treasure

August 31, 2011

Raya 2011


Semalam, aku tak sempat nak menulis blog post sebab busy + unstable mood.

Jadi,pada hari ni, aku nak ucap selamat hari raya kepada semua Muslimin dan Muslimat, tak kiralah aku kenal atau tak,aku suka atau tidak. Selamat menyambut hari kemenangan kita selepas berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan (kalau yang tak puasa dengan sebab yang jelas,kiranya puasa penuh juga la..tapi,jangan lupa ganti ye)

Sebenarnya, entah kenapa, mood raya tu tak datang pun tahun ni. Mungkin sebab aku ada dua benda penting yang perlu diselesaikan sebelum cuti habis (sebelum hari Sabtu 030911), jadi, mood untuk berseronok tu selalu tenggelam timbul.Tahun ni pun,tak buat biskut raya sebab semua sibuk,terbaik kan? ^^

The only best part about Raya for this year is, all of my siblings are together. I can see them as much as I want before being away from each other again after the holidays end. Aku suka bila semua pulang je,tapi cakap tak banyak pun.Dah jadi habit aku kot, bila bersama dengan orang, aku tak banyak sangat bercakap dan just enjoying the silence moment sambil menyimpan setiap detik yang diluangkan sebagai memori.


Hari Raya Pertama

Hari raya pertama iaitu semalam, pergi solat raya dan pergi rumah atok dan nenek sebelah abah.Dekat je,kat kampung sebelah je.Lepas tu,balik rumah.Kakak masak nasi ayam.Best~~

Malam tu,something happened (regarding an event that I'm participating) dan membuatkan aku tersangatlah marah upset...lol.Tapi,waktu tengah berasap lagi tu,tiba2 dapat phone call dari XY..


ok..stop sampai situ je untuk hari raya pertama.


Hari Raya Kedua

Hari raya kedua yang agak best la. Pagi raya, pergi kubur nenek dan atok sebelah umi. Setiap kali aku tengok kubur selalu je terlintas di fikiran : 'Bilakah aku akan menjadi salah seorang antara mereka?Cukupkah bekalan aku? Apa yang mereka buat di alam sana?' dan banyak lagi persoalan2 yang berlegar dan tanpa sedar, mata pun berair T_T


Lepas tu, pergi rumah arwah Mak Ngah.Jumpa anak allahyarhamah, Kak Linda, Kak Lija dan suami serta Pak Ngah. Lepas tu, pergi beli buah-buahan. Seronok,banyak buah yang dibeli, macam dah nak borong satu kedai,lol.


Destinasi seterusnya ialah ke rumah MAK CIK DAH di Machang. Yay!!! Best best best. Makcik Dah memang pandai memasak dan antara hasil kepakaran beliau ialah, lontong. Gosh, makanan favourite aku tu. Kalau tomyam di tempat pertama bagi list makanan kegemaran aku, lontong datang rapat di tempat kedua. Memang makan je la kerja aku.Biskut raya yang terhidang pelbagai jenis tu,tak tersentuh..hahaha


Lepas rumah Makcik Dah, pergi rumah Mommy. Makcik Dah dan Mommy ni,dua2 kakak kepada umi aku. Mommy pun pandai memasak taw. Dan tadi, beliau masak laksa penang.Woooohh...Memang terbaik, laksa penang pun makanan favourite aku. Serius, memang terbaik. Apa lagi, dah makanan kegemaran dan perut pun masih boleh muat, aku makan je la...


Pukul 6:55 petang tadi baru sampai rumah..Mood sangat happy sebab boleh makan makanan2 kegemaran aku.



Setakat ni, kalau korang tanya aku, best tak raya, aku confirm akan cakap best. You wanna know why?

I got the chance to eat all of my favourite foods in just two days. Chicken rice aka Nasi Ayam, Lontong, Laksa Penang dan Tomyam (tomyam ni, aku makan pada hari last berpuasa)


Pasal duit raya?

Aku tak kisah pun dapat ke tak..Kalau dapat, aku bersyukur, kalau tak dapat, takpe lah...Biarlah yang memerlukan yang dapat. Asalkan dah dapat makan makanan yang aku suka, yang lain,aku tak kisah dah.




p/s: tadi,kat rumah Makcik Dah, Kak La (my beautiful and gorgeous cousin) buat cocktail..Sangat sangat best.


Sebelum aku akhiri post ni, nah, nak bagi list makanan dan minuman yang aku suka supaya senang,kalau nak belanja aku makan pun,dah tahu nak belanja apa *wink* :


Makanan :
  • Tomyam (tak kisah la,mee tomyam,bihun tomyam ata kuey tiow tomyam,yang penting tomyam)
  • Lontong
  • Laksa Penang
  • Mee sup
  • Nasi ayam

Minuman atau desserts:
  • Nescafe Ais 
  • Radix (lol)
  • ABC
  • Cocktail
  • Horlicks

Okay,tu je...SELAMAT HARI RAYA ^^

Cover image by Tetyana Kovyrina

No comments:

Post a Comment