Guru Ganti - Richest Treasure

October 7, 2014

Guru Ganti


Assalamualaikum.

Kali ini aku nak cerita pasal pengalaman menjadi guru ganti atau lebih spesifik, Guru Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan (KGSK). KGSK ini adalah nama baru Guru Ganti Tidak Terlatih (GGTT).

Aku apply jawatan ini beberapa minggu sebelum tarikh aku memulakan tugas.Aku menggantikan ustaz yang mengambil cuti untuk menjalani ibadah haji.

Proses pendaftaran.

Mudah dan ringkas. Aku pergi ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Besut bersama mak aku dan jumpa pegawai yang kerja bahagian guru ganti. Isi borang dan sertakan dokumen yang diperlukan. Aku memang dah bawa fail sijil dan dokumen penting siap2. Alhamdulillah aku memang simpan gambar passport aku dalam dompet, jadi waktu nak lengkapkan borang dan memerlukan gambar passport, aku dah ada. Di bahagian subjek yang ingin diajar, aku isi Sains, PPKI dan Matematik.

Beberapa minggu lepas tu, aku mendapat panggilan dari PPD. Puan yang telefon tu tanya aku boleh ke mengajar PPKI atau nama panjangnya Program Pendidikan Khas Integrasi, tahap sekolah menengah. AKu jawablah tiada masalah. Boleh.

Dia tanya lagi, aku terima tak kalau dapat gaji SPM iaitu dalam RM54 sehari walaupun aku dah habis belajar degree. Aku cakap tak kisah. Lagipun aku apply sebab aku bosan duduk sorang-sorang kat rumah dan aku nak pengalaman mengajar.

Puan tu bagitahulah sebab kenapa tak dapat bagi gaji untuk guru ganti lepasan Ijazah (kadar gaji: RM94.50 sehari). Sebabnya dah nak hujung tahun jadi dana dah tak banyak.

Kemudian puan tu panggil aku ke PPD untuk ambil surat tawaran 2 hari dari hari dia call. Waktu tu aku di KL, jadi aku bagitahulah bahawa aku di KL. Dia pun bagitahu jumpa dia minggu depan.

Ambil surat tawaran

Aku pergi dengan ayah untuk ambil borang. Kebetulan dia pun nak pergi ke pejabat tanah berhampiran PPD. Pergi PPD ambil borang lepas tu balik lah.


Ahad 21 September 2014

Aku memulakan hari pertama sebagai guru ganti. Sampai sahaja di sekolah, aku terus ke pejabat untuk jumpa guru PK untuk menghantar borang yang aku terima dari PPD. Cikgu tu bagi la taklimat ringkas, bagi jadual kelas dan bagitahu nanti aku bersama empat orang lagi guru ganti kena ikut serta dalam perhimpunan pagi Ahad.

Pandangan pertama setibanya di tingkat khas untuk bahagian PPKI

Lepas perhimpunan, aku ke kantin untuk sarapan. Habis sarapan,baru aku pergi ke bahagian PPKI. PPKI ada tingkat khas. Tempat PPKI ni kat bangunan belakang, agak jauh dari pejabat tapi dekat dengan dewan sekolah.

Aku berkenalan dengan guru-guru PPKI yang lain dan hari pertama, masuk ke kelas, buat sesi pengenalan je.

Hari-hari seterusnya baru aku mula mengajar. Aku mengajar subjek Pendidikan Islam dan Seni. Not bad. Budak-budak patuh je. Ada la yang nakal sikit tapi normal la aku rasa..

Itu saja... aku habis ganti pada 22 Oktober 2014.

My workplace

Muka cikgu serius

Sekian.

No comments:

Post a Comment