Ku susun kata ini sebagai pemberi ingatan pada diri sendiri yang sering alpa. Sering lupa dan tidur dalam kesilapan silam.
Memang mudah mulut berkata "biar waktu yang menentukan" "tinggalkan saja pada kenangan " tapi apakah benar ia semudah itu?
Pada kau ianya mudah.
Aku berikan satu contoh. Kau punya ladang luas berekar-ekar dengan tanaman yang subur. Sedikit masa lagi tanaman itu boleh dituai dan kau akan terima hasilnya.
Dan tanpa kau sedar, ada manusia jahat yang telah merosakkan tanaman kau. Sedarnya kau tentang itu, segala-galanya sudah terlambat. Ladang yang subur menjadi padang jarak padang tekukur.
Disaat itu apakah kau akan berkata kata-kata yang sama?
Sedangkan kau mangsa bukan pemangsa? .
.
Ku alihkan pula pada susu satu tempayan yang telah dirosakkan oleh nila setitik.
Bila kau empunya nila mungkin kau yakin berkata "ah ianya cuma setitik!" tetapi seandainya kau tuan setempayan susu, apakah perasaan kau?
Masa tidak akan mengubah apa-apa.
Yang berubah cuma adakah engkau ingat kesilapan yang kau lakukan.
Tinggalkan pada lipatan masa dan jangan pandang belakang?
Ah. Pandang! Jangan kau lupa. Kerana pasti kau akan ulangi kesilapan sama pabila ia telah luput dari ingatan.
No comments:
Post a Comment