credit: my creative little brother.
Kita manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Malah, tanpa kita sedar, kesilapan yang kita buat itu mungkin juga merupakan satu ujian dari Allah.
Kenapa Allah menguji kita sedangkan kita sudah beriman? Sedangkan kita sudah percaya bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad sollallahualaihiwassalam itu pesuruh Allah?Allah telah berfirman yang bermaksud:
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).
Terkadang tanpa ujian,kita alpa dengan kesenangan...malah nikmat kehidupan juga tidak terasa oleh kita sehinggalah nikmat itu ditarik... kita tidak berasa bersyukur diberi kesihatan yang baik sehinggalah kita sakit... kita tidak terasa akan nikmatnya memiliki sesuatu sehinggalah kita tidak lagi memilikinya. Kerana itu,selalu disarankan supaya kita bersyukur dan beristighfar. Istighfar meminta keampunan dari Allah. Istighfar setiap kali terdetik dalam hati kita akan prasangka buruk kepada Allah.
Semalam,ada seorang kakak menyampaikan tazkirah ringkas tentang taubat. Sebab kenapa kita tidak berjaya dalam taubat kita petikan dari buku "Pesanan buat diri". Perkongsian yang sangat menarik.
Antara sebab-sebab kenapa kita tidak berjaya dalam taubat kita ialah:
- Pintu-pintu maksiat masih lagi terbuka.
- Azam untuk taubat itu lemah.
- Kita tidak takut pada Allah.
Dikongsikan juga cara-cara untuk menghapuskan sebab-sebab diatas.. Sekiranya pintu-pintu maksiat masih lagi terbuka, sudah tentu kita tidak akan berjaya untuk merealisasikan taubat kita. Kita akan tertarik untuk mengulangi kesilapan kita. Sebagai satu cara untuk mengatasinya ialah, jangan kita teringatkan balik tentang dosa kita. Hapuskan semua yang ada kaitan dengan kesilapan itu. Delete terus. Kalau dahulu, kawan yang mengajak kita melakukan maksiat,cuba untuk menjauhkan diri dari mereka atau cuba untuk menarik mereka ke jalan yang benar, jalan yang diredhai Allah.
Kalau azam kita itu lemah, cuba kuatkan ia dengan bergaul dengan orang-orang yang baik. Bergaul dengan orang-orang yang akan dapat membantu kita untuk terus teguh dan kuat bertahan di jalan taubat ini.
Kalau kita tidak takut pada Allah, sentiasa perbanyak ingatkan mati. Kematian merupakan satu cara yang berkesan untuk menghindarkan kita dari melakukan maksiat.
Selain itu, seeloknya juga untuk kita menanam rasa cintakan kebaikan dan malu melakukan maksiat.. Ingatlan Allah sentiasa memerhatikan kita.
Itu saja. Pesanan untuk diri saya sendiri dan untuk orang lain.
Semoga bermanfaat.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment