Satu Disember 2013 dibuka dengan event Rehlah Mahabbah Ikram Subang Jaya 2013 (atau nama lainnya ialah Hari Keluarga) di Kem Idaman Nurani,Hulu Langat. Jauh betul perjalanan..dalam satu jam setengah juga la. Pergi dengan Kak Munirah, my naqibah bersama2 dengan usrahmate dari Taylor's.
First2,sesat,salah masuk jalan hahaha.. tapi lama mencari,barulah jumpa. Kawasan kem tu luas sangat... pemandangan pun cantik.. sampai2, kitorang breakfast dulu.. aku makan mee goreng campur bihun goreng hehehehe.
Lepas breakfast, ada ucapan pembuka, nyanyian lagu IKRAM dan nasyid tema.. pastu ada ucapan dari orang2 besar IKRAM SJ. Oh ye..tema rehlah ni ialah "Keluarga Ceria,Ummah Sejahtera".
Ada satu part yang sangat menarik bagiku... (lebih2 lagi bila perasaan nak mendirikan rumah tangga begitu melonjak2 sekarang..), part tu ialah Taujihat Keluarga.
Dalam ucapan yang diberi, ada disebut beberapa rules yang penting dalam keluarga. Aku tak catat kat mana2 sebab keadaan yang tidak mengizinkan, so aku share apa yang aku ingat je la..
Rules yang penting ialah:
1. Saling mempercayai antara suami isteri... tapi jangan sampai over percaya...Bukan disarankan untuk curiga, tapi kepercayaan itu biarlah ada batasnya..
2. Kena pandai bergaul dalam keluarga pasangan.Perkahwinan itu bukan sahaja ikatan antara lelaki dan perempuan,tetapi juga antara lingkungan keluarga dengan lingkungan keluarga. Kena tahulah macam mana nak handle kalau berada dalam keadaan yang memerlukan kita melakukan keputusan tanpa melukakan hati mana2 pihak.
3. Bagi yang belum kahwin, kenalah melakukan persiapan mental. (point ni panjang lagi sebenarnya tapi aku tak ingat)
4. Nikmat yang paling besar dalam sesebuah keluarga itu ialah wujudnya suasana Islamik. Bukan senang untuk mewujudkan suasana ini. Suami isteri kenalah ada didikan tarbiyah. (waktu dengar tu, I make a doa', a wish and a dream.)
Ada banyak lagi, tapi tak ingat sangat point penuh dan tak reti nak tulis dalam ayat yang betul >_<
Selepas tu, ada aktiviti2 best.. bagi remaja perempuan, ada explore race.. kumpulan aku, Khunusah Firdausi dapat nombor 2.. Tapi kan,waktu explore race tu, sebab excited sangat berlari kesana-sini, sampai check point last, badan aku tak dapat tahan dan rasa nak pitam.. I experienced this a lot when I do vigorous exercise and use a large amount of energy in a short time.. oh badanku sudah tidak secergas dulu... kena banyak2kan exercise ni.. Bila rasa nak pitam tu datang, aku pun duduk je la and let the kids (group member yang lain semua lagi muda dari aku) do all the running... good job girls..
Lepas explore race, ada pertandingan 'Bendera siapa paling tinggi'.. Susah sangat nak stabilkan batang bendera yang dibuat daripada batang2 paip pvc yang disambung2..beberapa kali terbalik... pertandingan ni dalam group yang besar... dari keseluruhan peserta, ada 4 group je.. memang best lah nak naikkan bendera tu hehehehe..
Bila part kena stabilkan something macam ni, ada dengar someone cakap "mana engineer?? sape engineer" XD pastu dalam group aku ada sorang akak keluar jadi ketua... I guess she's an engineer.. memang pro la bahagian nak stabilkan tiang tu macam mana..
Habis je pertandingan tu, lunch pastu balik... aku balik awal sebab akak yang aku nak tumpang kena balik awal sebab ada urusan lain.. Tak dapatlah ambil hadiah..tapi takpelah... Aku tak excited sangat pasal hadiah tu.. I got a bigger gift than that which is I got to make new friends :D
Okaylah..itu sahaja untuk update pasal 1 Disember.. sayangnya aku tak ambil gambar pun sebab phone disimpan dalam beg setiap masa dan beg tu diletak jauh di khemah urusetia..
No comments:
Post a Comment