Mukhayyam Part 1 ^_^ - Richest Treasure

November 25, 2013

Mukhayyam Part 1 ^_^


Assalamualaikum~
Kali ni banyak sangat perkara yang nak dikongsi bersama..Perkara berkaitan Mukhayyam Akhawat Ikram Subang Jaya 2013 di Riverside Chalet,Ulu Yam.
Best sangat...Ya Allah...tak dapat digambarkan dengan kata-kata betapa bestnya mukhayyam tu. Expect post ni panjang lah sebab memang banyak benda yang nak dicerita. Post ni merangkumi sebelum,semasa dan selepas. Tapi memandangkan post ni sangat panjang,aku bahagikan ia kepada dua.


Sebelum Mukhayyam

Waktu kakak naqibah, Kak Munirah bagitahu ada Mukhayyam akhir bulan 11, aku rasa sangat excited. Sangat berminat untuk pergi. Memang bila dia cakap tu, aku terus kata "Wah bestnya. Nak join! Insyaallah". Tapi ada suatu ketika, tiba2 terdetik perasaan yang tak best. Hampir seminggu aku tak reply apa2 pun kat whatsapp group usrah aku bila dorang discuss pasal mukhayyam tu.Banyak lah persoalan yang bermain dalam minda;

Okay ke aku ke sana..aku bukannya boleh tidur dalam khemah.
Tak leceh ke....mesti penat gile...
Aku nak pergi ke pejabat Ikram dengan siapa...

Dan banyak lagi persoalan2 lain... Sampai satu masa, aku berdoa, "Ya Allah,kalau mukhayyam ini yang terbaik untukku, permudahkanlah ia...dan gerakkanlah hati aku biar aku confident dengan keputusan yang aku ambil.Dan biar apa2 keputusan yang aku ambil,ikhlas keranaMu".

Last2 aku reply kat discussion tu, "saya tak tahu nak join ke tak..saya tak biasa tidur dalam khemah..tengah fikir2kan lagi".

Pastu Kak Munirah reply kata tak tidur dalam khemah pun..tidur dalam chalet..Aku dah rasa happy nak join balik... and nak dijadikan cerita, usrahmate aku,Aqilah, yang kalau nak pergi mana2,dia yang tolong ambilkan pun cakap yang dia boleh join.. and dia ajak aku sekali... waktu rasa tu macam, Ya Allah, happy sangat.. aku cerita perasaan dilemma aku kat qilah, nak tahu apa nasihat dia? Antaranya ialah, dia bagi terjemahan satu ayat dari Surah At-Taubah.

Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. [Surah At-Taubah ayat 41].

Ayat2 tu benar2 buat aku berfikir...rasa macam, Allah nak bagitahu aku something dan Aqilah sebagai pengantara.. lepas tu,memang 100% confident nak pergi. Tak berbolak-balik dah. Sehinggakan ada kawan aku ajak pergi majlis perkahwinan adik kawan aku dan ajak pergi air terjun pun,tak mampu membuatkanku berubah fikiran. I applaud myself for that.

Jumaat 22 November 2013

Malam tu,berkumpul di Pejabat Ikram Subang Jaya di Putra Heights. Pergi dengan sahabat seusrah Monash. Boleh tahan jauh juga. Sampai sana kan, dalam pukul 10 lebih juga. Pendaftaran, dapat baju~ pastu sesi kenal2. Ada satu game ni,kena jawab soalan yang diberi berkenaan dengan peserta2 di situ. Maksudnya, soalan dia macam ni, "peserta paling muda",so kena carilah siapa yang paling muda di situ. Ramai juga yang dah pernah jumpa waktu Jaulah akhir sem lepas.

Lepas tu,buat bendera group.. 
Inilah bendera group kitorang. Nama group 'Akhawat Muda'. 4 orang tu melambangkan R4BIA. Setiap warna melambangkan warna bendera Mesir, Palestin dan Syria. Lambang i warna biru tu mewakili simbol Ikram. (aku yang lukis semua tu hehehehe..sekali tengok macam warna traffic light)

Lepas tu,tidur....

Sabtu 23 November 2013

Hari paling utama, paling banyak aktiviti dan paling cepat rasanya berlalu.
Pukul 8, bertolak dari Putra Heights ke Ulu Yam. Dalam 2 jam juga baru sampai.Dalam perjalanan,makan nasi lemak. Sampai je di Ulu Yam, letak barang2 dalam chalet, terus berkumpul. Kitorang kena buat cheers untuk group taw.. Group aku buat cheers macam lagu gitu..liriknya macam ni:
"Yakinkan diri dengan semangat, hadapi lawan di atas medan.. terus maju.. berusaha. Akhawat muda boleh! "
Lepas buat cheers, kena bentangkan bendera dan maksud simbol.. best la...semua kreatif2 je..tapi aku tak sempat nak ambil gambar bendera2 group lain...

Lepas bentangkan bendera, kitorang diminta menyanyi lagu tema mukhayyam, bertajuk Sahabat. Memandangkan mukhayyam ni semuanya akhawat, saudara2 perempuan, bolehlah nak menyanyi pun.

Kemudian, kitorang buat warming up sikit dan jungle trekking. Sambil2 jungle trekking, berkenalan dengan peserta2 kat situ... waktu tu baru perasaan yang majoriti peserta adalah lagi muda.. muda setahun,muda 2 atau 3 tahun..tak ramai yang lagi tua dari aku.. Dalam jungle trekking tu, ada checkpoint tau..

1st checkpoint,  kitorang diminta mengumpul batu sebanyak yang mungkin... aku tak kumpul banyak kot..aku bawa satu je hahahaha..susah kot nak bawa batu sambil trekking..dahlah jalan ada yang curam,ada yang kena mengelongsor.. Kat trekking ni, memang nampaklah ukhuwah antara akhawat2.. walaupun tak rapat dan baru kenal,semua saling membantu bila ada part yang kritikal..  comel sangat.

2nd checkpoint, kitorang diminta menghafal satu hadis yang diberi sewaktu sesi suai kenal pada hari jumaat tu. Hadis ni berkaitan dengan asas2 Islam.



Memandangkan waktu usrah beberapa minggu lepas, hadis ni sudah dibincangkan, jadi senang nak ingat. Malahan,dulu pernah dengar satu nasyid dari Sifu and Algebra tentang hadis ni. Selepas berjaya hafal dan diperdengarkan kepada kakak fasi, kami pun meneruskan perjalanan.


Sampailah di penghujung trekking, kami berkumpul dan kakak fasi menerangkan tentang analogi kepada bawa batu tu. Batu tu merupakan analogi kepada dosa kita. Dosa yang kita lakukan dan kita susah nak buang. Jadi kita selalu pikul dosa tu dimana2 pun tanpa menyedari bebannya.. macam tu la rasanya kalau aku tak salah ingat. (ada rasa OUCH juga la)

Selepas diterangkan pasal batu, diterangkan pula pasal hadis dan asas-asas Islam. Dibincangkan dengan details tetapi ringkas tentang betapa pentingnya solat tapi solatlah yang mudah sangat kita tinggalkan.. rasa macam straight to the point kot.. Astaghfirullah... lepas habis trekking, makan tengah hari. Sedap je makanannya.. daging gulai, sayur masak tomyam,sambal belacan,air sirap ais dan ulam sekali. Selepas lunch, bersiap2 untuk solat zohor..

Bersambung...



No comments:

Post a Comment