Anda pernah tak punya kawan yang sentiasa mengingatkan anda tentang Allah, sentiasa memberi kata-kata semangat apabila anda berasa sedih, berasa putus asa?
Kawan yang tidak inginkan anda menjadi sempurna tapi inginkan supaya anda menjadi yang terbaik?
Kawan yang berukhuwah dengan anda lillahi Taala. Itulah sahabat syurga..
Mereka adalah cerminmu..Mereka mencintaimu dan tulus menyayangimu. Ada sahabat yang berkongsikan tentang post ini kepadaku.
Diriwayatkan, bahawa :
Apabila penghuni Syurga telah masuk kedalam Syurga, lalu mereka tidak bertemu sahabat2 yang selalu bersama mereka dahulu sewaktu di Dunia. Mereka pun bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah:
"Yaa Rabb.. Kami tidak melihat sahabat kami yang sewaktu di Dunia solat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami."
Maka Allah berfirman:
"Pergilah kamu ke Neraka, lalu keluarkanlah sahabat2 mu yang di hatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarrah"
(HR : Ibnul Mubarak dalam kitab "Az-Zuhd").
Al-Hasan Al-Basri berkata: "Perbanyaklah sahabat2 mukminmu, kerana mereka memiliki Syafa'at pada hari Kiamat nanti".
Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat2 nya sambil menangis:
"Jika kalian tidak menemukanku nanti di Syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada Allah tentang aku: "Wahai Rabb Kami.. Hamba-Mu si fulan, sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang ENGKAU.. Maka masukkanlah dia bersama kami di Syurga-Mu"
SAHABAT Ku..
Mudah2an dengan ini, aku telah mengingatkanmu Tentang Allah ..
Agar aku dapat besertamu kelak di Syurga & Redha-Nya.. آمِÙŠّÙ†ْ. ÙŠَا رَبَّ العَالَÙ…ِينْ
Ya Allah,
Aku Memohon kepada-Mu.. Kurniakanlah kepadaku sahabat2 yang selalu mengajakku untuk tunduk patuh & taat Kepada Syariat-Mu..
Kekalkanlah persahabatan kami hingga kami bertemu di akhirat kelak...
Aku ingin menjadi sahabat itu dan ingin mencari sahabat itu. Sahabat yang persahabatannya bukan kerana duniawi tetapi kerana Ilahi.
Ramai yang punya kawan dunia, tapi beruntunglah orang yang punya sahabat syurga. Semoga kita semua beroleh nikmat yang istimewa ini.
No comments:
Post a Comment