Pejuang
Tiada erti penat lelah dalam sebuah perjuangan.
Perjuangan itu variasi caranya.
Ada yang bersarungkan senang tapi payah kandungannya.
Tiada erti menyerah kalah dalam diri seorang pejuang.
Deras badai menghentam tidak akan menggoyahkan
Bara semangat insan bergelar pejuang.
Pedang dihayunkan penuh gagah.
Jeritan keazaman melaung keras.
Menghancurkan hasutan jahat lawan.
Engkau punya kelebihan dan kekuatan
Tapi gentarmu merajai keistimewaanmu.
Ketakutanmu menghilangkan bisa sengatan semangatmu.
Bangunlah,
Teruskan berjuang.
Asahkan pedangmu,
Jangan kerana rebah sekali, engkau tewas selamanya.
Bajai semula semangatmu yang kian longlai.
A true warrior will never be defeated and will never quit!
![]() |
Cover image by pixabay |
No comments:
Post a Comment