Skim piramid. - Richest Treasure

January 20, 2016

Skim piramid.


Kebanyakannya mengenakan caj yang sangat tidak berbaloi harganya kepada anda.

Dan caj tersebut bukan disebabkan kualiti produk/jenama pun.


Produk biasa saja, OEM yang entah-entah pengasas produk itu sendiri pun tak tahu cara ia dikeluarkan, cara pemprosesan bahan mentah dan sebagainya. (Malah ada yang tidak punya produk pun!)

Tapi produk ini jadi mahal kerana nak mengkayakan pengasas skim tersebut.

Kemudian kalau anda mahu survive dalam bisnes skim ni, bukan fokus pada jual produk tetapi fokus pada cari orang.

Taja taja taja. Sampai bertingkat-tingkat. Yang di level bawah takkan pernah dapat tandingi yang duduk di puncak.

Sekali pandang, skim piramid kelihatan seperti MLM. Tapi MLM tidak semuanya tipu. Skim piramid yang konon-kononnya MLM ini kebanyakannya:

  • tidak ada produk yang betul/ tidak ada maklumat yang jelas
  • harga produk sangat mahal...produk yang lebih kurang sama di luar dijual dalam harga puluh2, dalam skim piramid, ia boleh menjadi beratus-ratus, malah ribuan ringgit.
  • menjanjikan bulan bintang hanya dalam satu malam
  • nak kereta mewah? nak rumah besar? nak hidup senang? taja orang kemudian goyang kaki
  • maklumat syarikat tidak didedahkan.. lebih tunjukkan pada "tengok si A, baru join, sekarang pakai kereta mewah import" (gambar si A posing tepi kereta mahal)

Pada zaman masih jahil dulu saya pernah terjebak. Tapi saya tidak teruskan dengan plan orang yang introduce saya tu bagitahu kerana selepas dah terjebak baru saya betul-betul faham model bisnesnya.

Alhamdulillah ia tidak sampai mencecah ribuan ringgit tapi ia memberi pengajaran bermakna untuk saya.

Otai selalu panggil "cukai kebodohan". Itulah cukai kebodohan saya.

Saya dah serik. Saya dah belajar tentang ini.

Dan saya mahu nasihatkan, buat yang hampir-hampir terjebak tu, tolonglah tekan brek. Berhenti. Dan fikir banyak-banyak.

At the end of the day, semak semula niat dan kenapa kita nak buat bisnes.


Kenapa saya cerita di sini?


Sebab saya nak bagitahu anda, daripada terjebak dalam skim sebegitu yang tidak jelas model bisnesnya, lebih baiklah anda pergi belajar pasal bisnes dan buat bisnes sendiri.

Yang penting, jangan tipu orang.

Lagi banyak orang kita tipu, lagi banyak dosa kita tanggung.

Ada bantahan atau pendapat atau pengalaman pahit manis, jangan lupa ceritakan di ruangan komen.

Sekian dari saya.

Katakan TIDAK pada penipuan bertopengkan bisnes.

Gambar sekadar hiasan. Sumber : Alexas Fotos

No comments:

Post a Comment