Aku dan mereka = cinta - Richest Treasure

December 22, 2013

Aku dan mereka = cinta

Petang tadi,sedang aku duduk berfikir, tiba-tiba di mindaku memainkan satu bayangan yang cukup indah.
Aku melihat aku yang dewasa bersama mereka.
Aku melihat wajah dewasaku itu tersenyum bahagia.
Aku melihat aku yang dewasa itu dikelilingi mereka.

Aku melihat aku yang dewasa itu......

Melawat rumah-rumah mereka.
Menjamu mereka dengan hidangan yang enak-enak.
Membawa mereka membeli belah.
Duduk bergurau senda dengan mereka.
Melayan celoteh mereka.
Mengusap kepala mereka dengan penuh lembut.
Membuat origami bersama.
Menolong mereka membuat kerja sekolah.
Menganjurkan sukaneka untuk mereka.
Memberi mereka hadiah yang membuatkan mereka tertawa girang.
Solat dan tilawah bersama mereka.
Membacakan bedtime stories untuk mereka.
Tidur bersama mereka.

Walaupun bayangan itu sekilas sahaja,tidak lama.
Tapi aku dapat merasakan kebahagiaan itu.

Bayangan itu adalah impian-impianku.
Aku teringin untuk bersama dengan mereka.
Mereka adalah sebahagian daripada impianku.
Mereka adalah semangatku untuk berjaya.

Walau aku tidak berpeluang untuk melakukan perkara yang aku impikan itu sekarang.
Aku harap, aku akan berjaya untuk membuatnya di masa hadapan.

Aku ingin menjadi pencinta mereka,anak-anak yatim yang dicintai oleh orang-orang mukmin.
Aku ingin mencari redha Allah melalui mereka.
Aku ingin menjadi seperti orang yang dimaksudkan dalam surah Al-Lail ayat 17 hingga 21.

InsyaAllah.

Amin.

Gambar sekadar hiasan.
Oleh: Rohit Akela

No comments:

Post a Comment