[09072011] Outing bersama umi.
Selepas subuh pagi tadi,tiba2 umi cakap,nak bawa aku pergi Kota Bharu untuk membeli baju untuk dipakai sewaktu graduation night nanti.Rancangan awalnya,nak keluar bersama semalam,tapi,sebab umi letih,ditunda ke hari ini.
Agak kelam kabut juga bersiap sebab dalam masa tak sampai 1/2 jam, dah kena berangkat.Memang bising la dengan baju yang tak digosok lagi,mandi pun tak lagi dan banyak lagi..
Pukul 7:50 pagi,dah berada dalam kenderaan.
First, pergi hantar adik ke Klinik UPSR di Tok Bali. Lepas tu,dari sana,terus ke Kota Bharu.Perjalanan yang agak jauh menyebabkan aku kebosanan dan kelaparan. Sampai di Kota Bharu, kitorang breakfast. Aku dapat makan kerang,my favourite seafood yang sangat diidam-idamkan.Lepas makan,pergi ke Office Public Gold sebab umi ada urusan di sana sekejap.
Lepas siap semua urusan.terus ke gedung batik.Haaaa..memang banyak sangat baju dan kain batik yang berwarna warni beserta corak yang pelbagai.Tapi,disebabkan,warna favourite aku cuma pink dan merah, agak sukar la untuk menemui yang kena dengan citarasa aku.
Nak pilih baju,ni syarat2nya (bagi aku laa):
- Pink atau merah
- Longgar tapi padan dengan saiz badan aku la
- Tak jarang
- Corak simple,jangan terover design
- Mestilah jubah.Bukan baju kurung moden atau baju yang macam kelawar tu (macam ikan pari pun ada)
- Harga kena berpatutan
Nak jumpa yang betul2 berkenan,memang susah..sampai penat kaki pusing satu gedung tu.Akhirnya jumpa juga satu baju yang sangat menarik minat aku.Tapi,aku tak pernah nampak lagi orang pakai baju macam tu. Nak kata jubah, macam kimono pun ada. Sangat comel dan berwarna-warni. Try punya try,akhirnya terbeli juga.Harga RM90,not bad la.Tapi baju ni,tak sesuai sangat untuk dipakai sewaktu graduation night nanti.Umi cakap,pakai untuk buat pergi kuliah. Muka aku jadi macam : O_O WHAT? Baju RM90 buat pakai macam baju biasa2 je? Terbaik!
Lepas tu,beli tudung..Haaa,disini satu lagi masalahnya.Tudung zaman sekarang,semuanya jarang2.Benci aku melihatnya.Aku nak cari tudung seperti yang aku pakai,tapi,tak jumpa.Last2,jumpa selendang yang macam tudung (pakai secara 3segi). Aku ambil 3, tu pun sebab umi suruh,lol.Sebenarnya,berkenan pada 2 warna je, pink dan peach,tapi umi suruh ambil satu lagi.So,apalagi,aku ambil je la yang warna merah.Harga ketiga2 tu,RM30.
Habis beli tudung, sambung ronda balik.Umi jumpa jubah yang dia berkenan,aku pula merayau di tempat jual kraf tangan.Lupa nak cakap,aku tertinggal dompet kat rumah,jadi perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh umi. (Bukan sengaja tinggal ye lagipun,memang umi nak belanja..hehe)
Sambil2 merayau tu,ternampak satu beg yang sangat cantik berwarna kelabu pink.Tapi umi cakap,beg tu kecil sangat,suruh aku pilih yang besar sikit.Terjumpalah satu beg yang sangat menarik dan kreatif dan bersaiz besar la juga...Aku pun pilih beg tu,harganya RM2O.
Lepas tu,sambung merayap sampai ke kedai kain Saleem Aziz. Walaupun kedai kain tu sangat popular,tak jumpa satu pun yang kena dengan taste aku (bunyi macam aku ni cerewet la pula).Tapi memang,kain2 kat situ semuanya terover design dan menyakitkan mata aku....
(Oh..malasnya nak sambung)
p/s : dah lama tak keluar berdua dengan umi....
No comments:
Post a Comment